BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 4, 2011

Senah Helwah


Hari ni 5/nov cukup sudah umur ku menjadi 19 tahun..waa..masih muda lgi..hehe..Thx kt sahabat2 yg wish bufday kt aku..teruja sangat..Aku harap dengan umur aku ni yg dh semakin nk menjelang tua ni,fikiran aku akan lbih matang,dan aku nk ubah diri aku menjadi lagi lebih baek untuk orang sekeliling aku..
dan aku nk mencapai kejayaan yg lebih baik dalam hidop ku utk di kongsi dgn org2 yg menyayangi aku..
Klo di temukan Jodoh aku pada usia ku yg mentah ini,aku terima seadanya.dan aaku harap org sekelilingku juga menerimanya dgn terbuka..Semoga ALLAH temukan jodoh ku dngan org yg beriman ,soleh,dan mampu meminpin aku di muka bumi ini.jika jodoh aku itu baik utk ku..kau dekatkan lah kami..jika jodohku itu tdk baek utk ku kau jauhi lah dari ku..aminnn...
Semoga aku tabah menhadapi dugaan yg akan datang..

Tuesday, September 6, 2011

-Anugerah ALLAH-

Assalamualaikumm..

Hari ni aku nk kongsi 1 cer..
hari ni aku g hospital..nk jumpa doc psl kaki aku ni..kta doc kaki aku ni kna virus..ish2..tkotnyaaa..
hari ni kali ke 2 aku p jumpa doc..kali pertama aku p jumpa doc tu spray ubt ja ..bila spray tu rsa cm pdih2 skit la..tp skjab sja..n bg ubat sapu kt aku..juz simple treatment..
kali ke 2 lak aku p..doc tu terkjut..dy kta awt cm truk ja dri hari tu..aku pon tkjut..apa yg truk..sthu aku sma ja..treatment kali  ni mmg menyakitkan..pehh..hanya tuhan ja tau..
first doc tu cucuk dgn menggunakan jrum berwarna ijau..bsaq jgk la jrum tu..doc tu nk tgk apa yg ad kt dlm tpak kaki aku tu..subahanallahhhh..skit teramat sgtttt...doc tu ckp klo nanah dy xkn kuar blood..
kedua lak doc tu cucuk menggunakan jrum yg halus...pehhhh...mmg skitttt...pda msa tu aku hnya mampu berselawat...utk thn skittt tu...mmg menyiksakan...xsggup aku nk kna cucuk lg...
lastly doc tu bg ubt kt aku..mgu dpn jmpa doc lg..huhu..

pix hiasan sja..

-ubat2 yg doc bg kt aku-
 ni ubat anti biotik..aku kna hbis kn dlm msa seminggu...
 ni lak ubt than skit..mkan bila sakit ja
 ubt sapu

 ubt sapu jgk
 ni la jenis2 ubt yg doc bg kt aku..selamat mencuba
krim

Monday, August 29, 2011

Lafaz takbir raya..Allahuakbar..!!


'Aidiladha atau sering disebut sebagai Hari Raya Korban melibatkan 'ibadah korban yang merupakan sunat muaqqad dengan fard kifayah(sunnat mu'aqqadah bilfard' kifayah) yang tidak pernah Rasulullah Sollallahu 'alaihiwasallam tinggalkan. Konsep Hari Raya (Aidilfittri dan Aidiladha) dalam Islam berbeza dengan agama lain dimana untuk kedua2 hari raya turut dimeriahkan dengan laungan takbir. Takbir pada Hari Raya Aidiladha dinamakan takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau solat sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan solat Asar pada hari Tasyriq(11,12,13 Zulhijjah) yang terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah.
Namun berapa ramaikah antara kita yang betul2 menghayati erti lafaz takbir itu sendiri? Mari kita teliti maksud lafaz takbir yang dilaungkan ketika hari raya..

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, 

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, 

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.
Jika umat Islam benar2 menghayati dan menginsafi maksud lafaz takbir yang dilaungkan, umat Islam tidak akan:
  • Tunduk kepada 'tuhan-tuhan' ciptaan manusia
  • Bersekutu dengan Kuffar untuk memerangi umat Islam yang lain dalam menegakkan agamaNya
  • Menjadikan Hari Raya sebagai pesta hiburan instead of hari kemenangan dan hari kesyukuran dengan membesarkan Allah.
  • Takbir dan tahmid yang dilaungkan tidak sekadar menjadi senandung penuh kepiluan semata2 tanpa difahami lafaznya itu.
Semoga kita sama2 dapat menghayati lafaz takbir yang kita laungkan...Wallahua'lam..

Friday, August 26, 2011

~Tangisi pemergian Ramadhan~


121886326m.jpg
Adakah kita termasuk yang merindukan kehadiran bulan Ramadhan, saudaraku?Jika ya, inilah keindahan bulan yang kita sangat rindukan itu sedang bersama kita. Inilah detik demi detik waktu, kita lalubersamanya. Inilah masa-masa bahagia , masa-masa semakin dekatnya jiwa bersama Allah, masa-masa kedamaian, hal yang belum tentu kita temui saat ia tidak bersama kita lagi. Saudaraku,
Hirup lah dalam-dalam udara malam-malam nya. Hiruplah dalam-dalam udara sahurnya. Kita kini sedang berada pada hari-hari perpisahan yang sangat memilukan. 
Perpisahan dengan bulan mulia yang telah hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya bersama kita. Perpisahan dengan bulan terindu yangkeutamaannya tak dapat dikalahkan oleh apapun yang terindah dalam hidup.Jika Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan”. (HR Ibnu Khuzaimah).  
Maka, berpisah dengan bulan ini berarti kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat-lipat. 
 Jika Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembi raan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)..  
Maka, perpisahan dengan bulan ini, bererti terlewatn ya dua momentum kegembiraan di kala buka puasa itu. Jika Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa yang berpuasa kerana keimanan dan semata-mata mengharap pahala, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.
 (HR. AlBukhari dan Muslim).

Maka, perpisahan dengan bulan ini adalah hilangnya kesempatan kita untuk memperoleh ampunan Allah SWT terhadap dosa-dos a kita yang menggunung.
Saudaraku,
Jika Rasululah SAW bersabda, “Barang siapa yang menunaikan qiyamullail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim
 
Maka usainya kebersamaan kita dengan bulan Ramadhan adalah lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan sholat malam dengan jaminan pahala ampunan atas dosa dan kekhilafan, yang kita sudah tenggelam di dalamnya. Jika Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)  
Lalu bagaimana dengan kualitas ibadah solat tarawih yang sudah kita lakukan? Perpisahan dengan bulanSuci ini, berarti juga kita akan kehilangan pahala solat tarawih. Kehilangan pahala semalam suntuk.
Saudaraku,
Jika para salafushalih, selama bulan ini berlumba-lumba memperbanyak membaca AlQur’an. 
Malaikat Jibril memperdengarkan AlQuran kepada Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan. Utsman bin Affanmengkhatamkan Al-Qur’an setiap hari pada bulan Ramadhan. Sebahagian salafushalih mengkhatamkan Al- Qur’an dalam solat tarawih setiap tiga malam sekali, tujuh malam sekali dan sepuluh malam sekali.Mereka selalu membaca AlQur’an baik di dalam solat maupun di luar solat. Jika Imam Asy-Syafi’i dapat mengkhatamkan Al- Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar solat dalam bulan Ramadhan.
Sementa ra Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali. Qatadah selalu mengkhatam kannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali. Dan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan ia mengkhatamkann ya setiap malam. Pada bulan Ramadhan Imam Az-Zuhri menutup majlis-ma jlis hadith dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya. Ia mengkhususkan diri membaca Al-Quran dari mushaf. Dan Imam Ats Tsauri, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al-Quran.
Sau daraku,
Jika mereka demikian tinggi semangat dan mujahadahnya (kesungguhannya) membaca Al-Qur’an di bulan ini. Bagaimana dengan ibadah membaca Al Qur’an yang kita lakukan? Bila Ramadhan berlalu, berarti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperoleh barakah istimewa dari membaca Al Quran di bulan ini…
Jika Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS. Al-Qadr: 1-3). 
 Dan jika Rasulullah SAW senantiasa mencari malam Lailatul Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya. Beliau membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapat malam Lailatul Qadr.  
Jika dalam Musnad Ahmad dari Ubadah, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat malam Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.”
Jika kaum salaf dari kalangan sahabat dan tabiin mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari malam Lailatul Qadr, malam yang telah dimuliakan dan diangkat derajatnya oleh Allah. Maka perginya bulan ini dari sisi kita, berarti terlewatnya kesempatan yang tak pernah terbayar dalam seluruh hidup kita sekalipun. Bererti, lenyapnya kesempatan kita memperoleh keuntungan 1000 bulan yang sangat jauh lebih daripada usia kita sendiri.Saudaraku,
Jangan sia-siakan detik detik perpisahan ini. Rasakan benar-benar kehadiran kita di sini, di bulan ini.
Lantunkan dzikir, tilawah Al Qur’an, munajat, permohonan ampun di sini. Buang kepenatan, hilang kan rasa lelah, dan paksalah diri ini. Hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan penuh kemuliaan. Kejarlah segala yang terluput dari diri kita pada malam Lailatul Qadr. Sekarang, saudaraku. Jangan tunda lagi.Dan, menangislah. Kerana kita pun harus
berpisah dengan bulan ini…

Wednesday, August 24, 2011

Salam Lebaran

Selamat Menyambut Bulan Syawal

Bulan Syawal adalah bulan sangat yang sangat istimewa kerana sepanjang bulan itu adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Terdapat banyak keistimewaan di bulan Syawal.

 Semoga syawal ini lbih bermakna dari syawal2 yang lain.



Thursday, August 18, 2011

-Adakah fify penganti si gemuk??-

Assalammuakaikumm..


Salam ukhwah pada sahabat2 yang mengunjungi BLOG warna peLangi..
Hari ni warna peLangi nk berkongsi cerita dengan sahabat2 semua tentang insan baru yang hadir dalam hati ini selepas kehilangan insan yang tersayang iaitu GEMUK..
Aku pun xtahu sama ada kehadiran insan baru ini mengantikan GEMUK..
Walau apa pun GEMUK tetap  di hati aku sampai bila2..


OK sekarang aku mulakan kisah insan baru ni..
-Nama di beri Fify-
Kadang2 aku suka panggil (Fify fairuz fuhyooooo..)hehehehe
Sebab teringankn JOZAN (Raja lawak)
Hahahahahahahaha...(gelak besar nmpk)..
Aku jumpa fify ni kt medan selera belakang KUIN..kira kucing medan la ni..huhu
Masa tu fify ni stay kt gerai goreng pisang,astu mak cik goreng pisang ni swuh ank dy buang fity kt gerai lain..
So aku tgk si fify ni cun jugak la..tu yang aku ambil dy..
Biase la nme pon ank kucing kan..so dy ni suke bebenorrr berak dalam umh..siap ada pot nk melepas lg..
Geler panas aku tgk..asyik nak kene cuciiii je..
Malam pertama aku biar kan dia tido dalam sangkarr..but dy stilll bsinggggg giler nk kuar dari sangkarr tu..
Dengan2 aku xboleyy nk tidooo..skit atyyy..huhu..astu bila pg lak aku tengok fify xdak..tah lari g mane tah..
Masa tengah hari aku dengar suara ank kucingg..rupe2nye si fify tu lari g umh jiran aku..(troma la tu)hehehe..
Malam kedua lak aku bg fify tido dengan aku dengan harapan dy xbisingg lagiii..mmg dy xbising sepanjang malam..buttt dy tinggalkn tahik dy yang gilerrr harum tu dalam bilik aku..(panas toll)
Malam ketiga aku biar kan dy tido kt laur je..troma aku nk bwk msuk tdo skali..huhu..buttt dy still tdo bertenggek kt tingkap bilik aku..(nk usha aku la tu)hehe
n malam2 berikotnya fify tido d luar bersama teman2nya yang lainn..
Besa la kucing kn..kalo ada penghuni baru msti suma muka monyokkk..termasok lah sis aku..sbb fify ske berakkk merata..haahhaahha
Tapi lama kelamaan suma orang boleh terima fify termasuk my sis ..
So sekarang fify dh pandai dh jge bulu dy..jage kebersihan dy..
setiap minggu aku akn bagi mandi fify..(geler rjin).
So fify sekarang dh lincah..pandai dh main2 ngn kucing2 yang lain..
senang haty aku..huhu


Ni la fify fairus fuhyooooo..

Thursday, August 11, 2011

Jom kita ramai2 pergi memeriahkan masjid & surau yang berdekatan

UNTUNG
700%+++
Tempoh promosi 
1-30 Ramadhan
1432 Hijrah

Pakej Ehya Ramadhan
*Solat Fardhu 
*Puasa Ramadhan
*Solat Tarawih
*Solat Sunat
*Baca / Tadarus Al-Quran
*Sedekah / Infaq
*l'tikaf
*Zikir / Istighfar
*Doa

?
SIAPA YANG LAYAK???
*Islam
*Berakal
*Baligh
*Mampu

UNTUNG
*Rahmat ALLAH
*Sihat
*Pengampunan Dosa
*
Syurga

MODAL
*Ikut sunnah Nabi S.A.W
*Ikhlas
*Tenaga

BONUS ISTIMEWA
-LAILATUL QADAR-

LIMITED EDITION
RAMADHAN SAHAJA!!!

"Manusia yang paling hina,
ialah manusia yang sempat bersama-sama
Ramadhan,
tetapi Ramadhan pergi 
meninggalkannya
tanpa Allah ampuni dosanya"
-maksud hadis:Riwayat Al-Hakim-

Jom Beramai-ramai Pergi Ke
Premis Kita Di Setiap
Masjid Dan Surau!!


Sunday, July 31, 2011

-Kucingku Pergi Tinggalkan ku-

Salam..Rasanya dah lama ye aku x tex kt BLOG ni..Emm..kali ni aku nak berkongsi "SAD STORY" lak.

::Citer ni mengenai kucing aku yg bernama GEMUK::


Setelah saban lamanye aku menjaga GEMUK dri kecik smpai dy besar.ni lah first time GEMUK tinggal kn aku dan meghilang kan diri dy..
Betapa sedey nye aku bila aku dapat thu gemuk xblk..aku cri gemuk di merata tempat smpi ke taman orang pon aku g cari..
Setiap hari aku tunggu kepulangan gemuk.Dah hampir 2 minggu gemuk xblk..
ape jd kt dy pon aku xtahu..
dy dh makan ke??
dy sihat ke??
Gemuk dah aku anggap macam kawan aku..setiap malam gemuk mesti masuk tdo dlm bilik ngn aku..
tapi sekarang tak ada lagi gemuk yang selalu aku belai dy sebelum tdur..
Walaupon aku ade 9 ekor kucing lg..tp gemuk tetap di hati aku..
Gemuk lain drim kucing2 aku yg laian..dy mcm fhm ape yg aku ckp kt dy..klo akum sdey aku akn luah kt gemuk..wlupon gemuk tu xley bg respon blk kt aku.tp aku rsa cm puas bila dpt luah kt dy..dy seolah2 dpt fhm isi haty aku..aku jaga dy dari kecik sampi ke besar..Gemuk lah kucing yang paling aku syg..
andai GEMUK dh ada tuan yang baru aku xkisah aslkan tuan bru tu jga dy cm mna aku jga GEMUK..aku xmau GEMUK di seksa..wlau sedetik pon aku xpernah lupa kan GEMUK..
Aku harap gemuk akn pulang 1 ary nanti..
Kadang2 bila aku tidur aku mimpi gemuk,dan aku dapat rsakan gemuk ada dekat aku..
aku rindu tgk telatah gemuk yang dpt menghiburkan aku..
Gemuk pulanglah kt kami..kami rindu sgt2 kt GEMUK..

Wednesday, July 6, 2011

ZIKIR PENGUBAT JIWA



HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:

Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

::Kalian yang terhebat::

Assalamualaikum..

Syukur  kepadaNYA kerana aku masih mampu bernafas dan masih boleh melihat ciptaan yang paling indah.
Hari ni aku nak bercerita tentang sahabat2 aku...

Mereka selalu ada bersama2 aku tatkala aku berada dalam keadaan susah atau pun senang..
Mereka selalu memberi pertolongan,memberi nasihat antara 1 sama lain..
Mereka bagaikan anugerah ALLAH kepada aku.
Mereka insan yang boleh berkerjasama dengan aku..Biasalah kalau bergaduh2 manja tu..
Sedangkan lidah lagi tergigit ini pulak manusia seperti kita.
Mereka terlalu istimewa bagiku.
Mereka sahabat yang terhebat.

"Berkawan biar beribu,Bercinta biar satu"

::Sahabat di zaman sekolah::
Rindu sangat kenangan bersama mereka masa form 4D and 5D

~Afiqah~
 ~Mastura~
 ~nasuha~
 ~amira~
 ~mimie~
~waheeda~

>Sahabat di Gelang Patah,Johor<
Mereka ni aku kenal masa aku form 2..
Memang GEMPAK la dyowg ni.

 ~wawa~
 ~nana~
 ~wahida~
 ~wanie & midah~
 ~zatie~
~farhan~
(kumbang kami)

::Sahabat di kolej::

"Keriangan 
Nakal
Gelak tawa
Gurau senda 
di kongsi bersama"

 ~syaza~
 ~kak hajar~
 ~min~
 ~fakhriah~
 ~syafiqah~
 ~hanani~
~hazimah~

"Kalian memang sahabat yang terhebat buatku"

Tuesday, July 5, 2011

ASMAUL HUSNA - 99 NAMA-NAMA ALLAH

Dibawah ini aku titipkan nama-nama Allah bersama maksudnya untuk sama-sama kita ingati,menghafal dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian kita. Semoga akan lahir keinsafan di hati kita apabila kita mengingati kebesaran Allah.

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah 
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci 
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat
   Sejahtera
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan
   Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal
   serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa h
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala
   Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa 
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka 
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah 
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan
   menghormati 
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihath
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung h
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada h
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia 
49 Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan
   Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali
   serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan ht
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama 
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin 
77 Al-Wali -Yang Wali /
   Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi
   serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat
   kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum
   (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih
   serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan
   Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai
   Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama h
87- Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta
   Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan
   dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan
   Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta
   Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin
   (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar 
Mutiara Kata: 
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Kenapa Tak Rogol Saya?"


Kisah benar ini berlaku di US
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
 
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
 
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
 
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
 
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
 
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
 
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
 
"…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …" [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
 
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… Semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….