BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 31, 2011

-Kucingku Pergi Tinggalkan ku-

Salam..Rasanya dah lama ye aku x tex kt BLOG ni..Emm..kali ni aku nak berkongsi "SAD STORY" lak.

::Citer ni mengenai kucing aku yg bernama GEMUK::


Setelah saban lamanye aku menjaga GEMUK dri kecik smpai dy besar.ni lah first time GEMUK tinggal kn aku dan meghilang kan diri dy..
Betapa sedey nye aku bila aku dapat thu gemuk xblk..aku cri gemuk di merata tempat smpi ke taman orang pon aku g cari..
Setiap hari aku tunggu kepulangan gemuk.Dah hampir 2 minggu gemuk xblk..
ape jd kt dy pon aku xtahu..
dy dh makan ke??
dy sihat ke??
Gemuk dah aku anggap macam kawan aku..setiap malam gemuk mesti masuk tdo dlm bilik ngn aku..
tapi sekarang tak ada lagi gemuk yang selalu aku belai dy sebelum tdur..
Walaupon aku ade 9 ekor kucing lg..tp gemuk tetap di hati aku..
Gemuk lain drim kucing2 aku yg laian..dy mcm fhm ape yg aku ckp kt dy..klo akum sdey aku akn luah kt gemuk..wlupon gemuk tu xley bg respon blk kt aku.tp aku rsa cm puas bila dpt luah kt dy..dy seolah2 dpt fhm isi haty aku..aku jaga dy dari kecik sampi ke besar..Gemuk lah kucing yang paling aku syg..
andai GEMUK dh ada tuan yang baru aku xkisah aslkan tuan bru tu jga dy cm mna aku jga GEMUK..aku xmau GEMUK di seksa..wlau sedetik pon aku xpernah lupa kan GEMUK..
Aku harap gemuk akn pulang 1 ary nanti..
Kadang2 bila aku tidur aku mimpi gemuk,dan aku dapat rsakan gemuk ada dekat aku..
aku rindu tgk telatah gemuk yang dpt menghiburkan aku..
Gemuk pulanglah kt kami..kami rindu sgt2 kt GEMUK..

Wednesday, July 6, 2011

ZIKIR PENGUBAT JIWA



HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:

Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

::Kalian yang terhebat::

Assalamualaikum..

Syukur  kepadaNYA kerana aku masih mampu bernafas dan masih boleh melihat ciptaan yang paling indah.
Hari ni aku nak bercerita tentang sahabat2 aku...

Mereka selalu ada bersama2 aku tatkala aku berada dalam keadaan susah atau pun senang..
Mereka selalu memberi pertolongan,memberi nasihat antara 1 sama lain..
Mereka bagaikan anugerah ALLAH kepada aku.
Mereka insan yang boleh berkerjasama dengan aku..Biasalah kalau bergaduh2 manja tu..
Sedangkan lidah lagi tergigit ini pulak manusia seperti kita.
Mereka terlalu istimewa bagiku.
Mereka sahabat yang terhebat.

"Berkawan biar beribu,Bercinta biar satu"

::Sahabat di zaman sekolah::
Rindu sangat kenangan bersama mereka masa form 4D and 5D

~Afiqah~
 ~Mastura~
 ~nasuha~
 ~amira~
 ~mimie~
~waheeda~

>Sahabat di Gelang Patah,Johor<
Mereka ni aku kenal masa aku form 2..
Memang GEMPAK la dyowg ni.

 ~wawa~
 ~nana~
 ~wahida~
 ~wanie & midah~
 ~zatie~
~farhan~
(kumbang kami)

::Sahabat di kolej::

"Keriangan 
Nakal
Gelak tawa
Gurau senda 
di kongsi bersama"

 ~syaza~
 ~kak hajar~
 ~min~
 ~fakhriah~
 ~syafiqah~
 ~hanani~
~hazimah~

"Kalian memang sahabat yang terhebat buatku"

Tuesday, July 5, 2011

ASMAUL HUSNA - 99 NAMA-NAMA ALLAH

Dibawah ini aku titipkan nama-nama Allah bersama maksudnya untuk sama-sama kita ingati,menghafal dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian kita. Semoga akan lahir keinsafan di hati kita apabila kita mengingati kebesaran Allah.

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah 
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci 
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat
   Sejahtera
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan
   Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal
   serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa h
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala
   Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa 
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka 
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah 
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan
   menghormati 
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihath
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung h
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada h
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia 
49 Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan
   Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali
   serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan ht
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama 
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin 
77 Al-Wali -Yang Wali /
   Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi
   serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat
   kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum
   (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih
   serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan
   Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai
   Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama h
87- Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta
   Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan
   dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan
   Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta
   Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin
   (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar 
Mutiara Kata: 
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Kenapa Tak Rogol Saya?"


Kisah benar ini berlaku di US
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
 
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
 
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
 
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
 
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
 
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
 
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
 
"…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …" [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
 
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… Semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….